Friday, February 19, 2010

Nafsu Itu Musuh Iman

Latar Belakang Nafsu
Nasfu sememangnya ganas. Kemuncak keganasannya sehingga ada yang mengaku menjadi tuhan. Lihat dalam al-Qur'an dan baca dalam bahasa arab yang bermaksud dalam bahasa Melayu, "Aku tuhan kamu yang maha tinggi", kata Firaun suatu ketika dulu.

Kayu Ukur
Berpunca dari nafsu inilah yang menjatuhkan manusia yang "sebaik-baik kejadian" menurunkan sehingga ke "seperti binatang malah lebih sesat lagi"

Fenomena Terkini
Akhir-akhir ini kita lihat banyak perlakuan manusia yang membuktikan bahawa jika tidak ada iman maka manusia akan melakukan apa saja yang tak terbayang oleh akal yang waras. Kejadian membunuh orang tua mereka, sebagaimana berlaku di Negeri Sembilan. Kejadian membunuh bayi seperti di Melaka dan di Kelantan tempuh hari amat menjijikkan. Semuanya kerana nafsu.

Persoalan ????
Mati seorang kanak-kanak adalah suatu kerugian kepada kehidupan ini. Kamu yang telah berdosa kerana meraikan nafsu kamu sehingga melahirkan anak luar nikah. Kini kamu telah membunuh warga Islam, seorang bayi yang tak berdosa. Manusiakah kamu ini ? Atau apa ?

Pemerintah Asal Puncanya
Kenapa ini semua berlaku. Ini adalah kerena dasar bapa kamu yang telah meninggalkan Islam dalam pemerintahannya. Kerana kerajaan kamu telah menolak hukum Allah sehingga manusia berani melakukan apa saja. Iman yang ada dalam jiwa mereka tidak dikawal oleh sebuah kerajaan selaku bapa kepada sekelian anak-anak yakni rakyat jelata.

Aqal
Fikirlah sebelum maut. Kembalilah kepada Allah.

Monday, August 3, 2009

Mari Jadi Tentera Allah

Dasar...Allah sebagai matlamat
Puncak dalam kehidupan manusia, menjadikan Allah S.W.T. sebagai matlamat hidup. Detik demi detik, tiada yang sepatut difikir dan dibina, difokus dan ditawajjuhkan oleh setiap insan, kecuali untuk menyempurnakan hubungan dengan Allah Tuhan Sekelian Alam.

Suatu Permohonan
Moga-moga Allah memilih hamba ini dan kita semua supaya menjadi tenteraNya. Mari bersama kita menjadi tentera Allah. Sesungguhnya, bertuahlah mereka yang terpilih. Jagalah diri jika terpilih. Pilihan Allah, itulah taufiq dan hidayah dari Nya.

Suatu Keinsafan
Sedarlah kita bahawa kita kena jadi tentera Allah untuk menegakkan kebenaran agama ini. Jangan harapkan orang lain. Jangan tanya orang lain. Jangan tunggu orang tanya. Jangan takut orang tanya. Jangan kira orang. Tanyalah diri kita sendiri. Kita insaf bahawa kitalah yang bertanggungjawab tentang diri dan agama kita ini.

Pengalaman Terkini dan Tanggapan.
Sabtu, 1 Ogos 2009, 2 petang...hamba ini berada di pusat ibu negara, KL. Tujuan untuk menegakkan kebenaran, meluahkan perasaan dan mengistiharkan penentangan secara terkini. ISA perlu dimansuh dan dihapuskan. Tiada kompromi dan polimik. Jelas, ia suatu akta zalim dan batil. Tangkap...tahan...tahan...tahan siapa yang nak ditahan, tanpa bicara, salah atau benar jangan peduli. Hukumannya, tangkap dan tahan "Ikut Suka Aku" sebagai pemerintah Malaysia.

Suatu Kemanisan
Merasai kepanasan udara kota yang terbatas pergerakannya. Dalam udara ada suatu yang memedihkan, asap berkimia. Dalam udara yang kering tiba-tiba tersebar air yang menyiksakan. Senang, tenang jika udara kering disirami turun hujan. Tiba-tiba kekeringan udara itu diisi dengan air berkimia yang dipancutkan Pak Polisi. Pedih...Loya...Pening...Sakit Kepala. Tapi manis...Bila pula ?

Sempena Yang Baik
Pelancaran "Bersama Menjadi Tentera Allah" hari ini adalah bertujuan untuk memantap dan meningkatkan pembinaan diri penulis blog ini dan antara kita yang mahu menjadi tentera Allah. Pembinaan diri diatas dasar tauhid dan aqidah yang jelas adalah suatu kewajipan setiap insan. Sempena "MANSUH ISA", "Bersama Menjadi Tentera Allah", kita buat kerja menegakkan kebenaran.

Kesedaran Yang Tinggi
Bahawa hidup ini perlukan suatu daya keimanan yang tinggi dan mantap bagi mencapai matlamat menuju kearah insan yang kaffah. Kepada sahabat-sahabat yang tidak dapat hadhir pada hari bersejarah Sabtu lalu, terus ambil pro-aktif dengan niat suci, "aku akan pergi nanti, kalau tak mati, tunggu nanti, pasti...insyaAllah...Islam wajib diperjuangkan"

Semangat Yang Tinggi
Mereka yang bersemangat tinggi, tidak sabar menunggu hari Sabtu lalu untuk menghadapi cabaran terkini. Hari Khamis, ada yang telah sampai di Jalan Raja Laut....cemuh tengok muka-muka pelacur dan pondan yang jijik itu. Bila menghubungi mereka yang berada dilokasi masing-masing diseluruh negara ada yang masih belum bergerak ke ibu kota. Bahasa-bahasa membangkit semangat, "penakut" "takut mati ke ?..mati ada dimana-mana". "Kamu seorangkah yang ada anak bini ? orang lain tiada ?" Dan macam-macam lagi ayat pembakar semangat. Semangat kebenaran.

Pak Polisi Topi Merah
Nampak geram Pak Polisi terhadap para anak muda yang bertakbir. Mereka seolah melihat anak muda kita itu semacamlah budak-budak yang tak reti pun. Sedang diantara anak-anak muda itu lebih sepuluh kali lebih cerdik, intelek dari mereka. Pak Polisi itu ramai orang tahu, ada yang nak baca al-Quran pun ada yang tak reti, SPM pun sekadar saja. Bolehlah pohon untuk minta jadi Pak Polisi. Syukur dapat cari makan anak bini. Jadilah Pak Polisi yang kasihkan bangsa. Semua itu adalah anak-anak kita yang cintakan kebenaran. Jangan bertindak mengikut perasaan mentang-mentang diarah bos di Putra Jaya. Bos tu orang politik !

Suatu Persembahan Yang Mudah
Saya mencadangkan kepada seorang sahabat supaya 'buka blog'. Sudah 100 kali dia kata "insyaAllah" sehingga kini tak jadi. Saya mencadangkan nama blognya, dia setuju. Ringkas cerita, kenapa nampak payah nak buka ?. Saya kata, nak buka blog nampaknya ada tiga halangan: Pertama; Tiada idea nak menulis. Kedua; Tiada masa. Ketiga; Takut orang komen idea kita. Lalu dia jawab yang ada kaitan dengan halangan ketiga, Katanya, "idea saya lain dari yang lain, lain sangat dari orang lain". Saya jawab mudah saja, "buat dulu". Sekarang saya minta baca perenggan ketiga diatas "Suatu Keinsafan" dengan penuh penghayatan. Buatlah...ia suatu persembahan yang mudah...kamu orang alim, saya nak tumpang kamu. Bersama kita mohon, kita bersama menjadi tentera Allah. InsyaAllah.

Janji Kearah Kemantapan.
Saya akan menulis setiap hari. Hati, sikap dan rasa saya tiada lain, moga-moga yang melayari blog ini memberi pandangan istimewa dan menjadi sahabat saya dunia akhirat. Bukan semata komen semata. Saya mahu menjadi sahabat anda sekelian untuk "BERSAMA MENJADI TENTERA ALLAH". InsyaAllah. "Allah akan menolong orang yang menolongNya"

Tentera Kebenaran
Ahad-3:49pm.